SMF, VISI dan MISI
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI
Sekretariat Mahasiswa Fakulti atau dahulunya dikenali sebagai Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) merupakan sebuah 'Persatuan Utama Fakulti' yang didaftarkan oleh HEP yang berfungsi sebagai pemacu dan tulang belakang kepada MPP dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan hal ehwal Kebajikan dan Akademik para pelajar di Fakulti Kejuruteraan awam. Persatuan ini diketuai oleh MPP Fakulti Kejuruteraan Awam - Mohd Shafaizudin Asfa dan Siti Sarah Ramli da
n dibantu oleh beberapa Biro dalam melicinkan pentadbirannya di peringkat fakulti. Tugas Sekretariat adalah merealisasikan dan menjalankan sebarang program daripada pusat pentadbiran Universiti dan HEP di peringkat Fakulti iaitu program2 berbentuk Akademik dan pembentukan sahsiah pelajar.
VISI
- Menjadikan Perkhidmatan Fizikal dan Psikologi sebagai Teras Kepada Aspek Pembangunan Modal Insan selaras dengan wawasan Universiti, bangsa, Agama dan Negara.
- Menjadikan perhubungan antara pelajar dan pihak pengurusan fakulti menjadi lebih dekat dan tanpa halangan dan batasan.
- tiada lagi batasan pihak pengurusan dalam mendekati para pelajar untuk membantu dari segi kebajikan dan akamedik para pelajar.
MISI
- Menjadi tempat rujukan dan sumber mendapatkan maklumat para pelajar Fakulti kejuruteraan Awam tentang program2 dan prosedur2 yang telah di atur oleh pihak pengurusan universiti dan Fakulti.
- Merancang Program-Program Pembangunan Sahsiah Para Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam.
- Melaksanakan Perkhidmatan Fizikal dan Psikologi dalam Pembentukan Jati Diri Para Pelajar.
0 Response to "SMF, VISI dan MISI"
Post a Comment