AL-FATIHAH!

Salam Takziah daripada pihak SMF kepada keluarga En. Sallehuddin sekeluarga di atas pemergian anak mereka- Noorzamzuri (pelajar semester 7-majoring of hinghway and Transportation) iaitu rakan2 kita semua di fakulti tercinta ini pada hari semalam (30/7/2008) akibat dari kemalangan jalanraya..Kejadian berlaku di persimpangan berhadapan Kompleks Mahkamah,seksyen 6.Difahamkan kemalangan berlaku semasa beliau di dalam perjalanan untuk menghadiri kuliah pada jam 3ptg.
Pihak Pengurusan Fakulti telah hadir ke Hospital Pakar Ampuan Rahimah,Klang untuk melawat, manakala pihak SMF dan MPP telah berkesempatan menghantar satu rombongan bas ke Tangkak,Johor untuk mengiringi jenazah pulang ke kampung halaman, dan jenazah telah selamat dikebumikan pada jam 9.3o pagi td (31/7/2008)
Pemergian Saudara Norzamzuri merupakan suatu kehilangan yang besar kepada pihak fakulti dan mendatangkan kesan yang mendalam kepada rakan2 beliau..Semoga oh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman...Amin

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "AL-FATIHAH!"

Powered by Blogger